Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Graduation tickers

Saturday, October 30, 2010

Mai kita kenal2 suku2 yang ada di Negeri Sembilan

kali ni saya nk berkongsi tentang suku2 yang ada dalam n9 ni..ni pon saya ceduk dari blog teman saya..kebanyakan anak muda n9 xtau yang diorang suku apa kalau tak bertanya pada orang yang lebih tua..


Terdapat 12 Suku di Negeri Sembilan:

Suku Biduanda (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Ini dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:

Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapa sukunya?
Dua Belas!

Wednesday, October 27, 2010

Kisah Seorang Boss dan Pekerjanya......

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL. 

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang  ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara... 

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih... 

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka... 

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.    
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...   
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la.. 

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga... 

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW 7 series kat dalam tu?
 
Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper cabuk ; dengan dua tayar depannya
pancit  
woakakaakakakaakakakkak..... 

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware.....
 

Monday, October 25, 2010

Kampung Si Koceng.....

waaa.....sangat geram melihat koceng2 ni...dapat tangkap seekor memang nak peluk puas2....tetiba rindu kat jackie kiechai.....=)


Cat's Village

pada suatu hari di sebuah kampung yg dberi nama kampung koceng.....

tinggallah masyarakat koceng2 yang hidup aman bahagia.....

pengasas kampung koceng ini adalah seorang lelaki tua yang mungkin sayang sangat ngan binatang kesayangan Rasulullah S.A.W ni...

pakcik koceng da berbincang dengan tok ketua kampung koceng untuk membina rumah2 
untuk masyarakat kampung koceng yg lain.....

inilah dia tok ketua kampung koceng...nama dia tok belang..tok belang sedang berfikir macam mana nak majukan kampungnya itu....=)

ni assistant tok belang...nama dia blackie..tugas blackie ni memyebarkan pengumuman bahawa tok belang nak wat mesyuarat tingkap...=)

maka...ramailah koceng2 jejaka di segenap kampung itu 
menghadiri mesyuarat di balai raya koceng...
si dara2 koceng menanti dengan penuh sabar tentang berita yang akan 
disampaikan oleh tok belang di rumah mereka....

hasil dari perbincangan...tok belang dan semua masyarakat koceng bersetuju membina rumah untuk koceng2 yang miskin....(miskin ke???hahah)

ini rumah untuk koceng yang belum berkeluarga a.k.a bujang trangtang2...keh2~~~

tok belang juga telah menaik taraf kampong koceng dengan meyalurkan elektrik ke rumah penduduk 
koceng semoga anak2 koceng dapat belajar dan membaca buku supaya menjadi 
seekor koceng yg bijak seperti Nora,si pemain piano...

di suatu sudut yg lain......mimi...abang cinta pada mu sayang....
mimi : mimi pon sama abg coklat...meh la kita kawen meh....mimi janji xkan mbebel kt abg cokelat eh...
abg coklat : ni wat abg syg kt mimi neh...jom kt gi umah tok kadi tompok jom....

*setahun selepas itu.....

mimi : haa...abg kalau ke kedai si coreng tu jangan nk melencong melepak kt kedai si kepochi comel tuh...kalau saya tau abg melepak kt situ saya cubit2 abg..blablabla....
abg cokelat : awk ni makin tua makin kuat cemburu laa...umur da bertambah...kaler bulu da btukau...makin nak jeles ngan saya...saya mampu lagi laa nak kawen lagi 1...i koceng gagah perkasa tau...heheheh...
mimi : abang cokelat!!!!
baby koceng : mama,mama....nk cucu mama...nak cucu.....!!!!!

oii mat cokelat...ape daa lambat sampai..kita nk cuci mata tengok kepochi, si janda hot ni...hehehe
abg cokelat : hehehe....biasa la uruskan bini aku dolu...kalau x mampoih dia xbagi aku kuar..ngeh3~~~

wa penat woo...malam berjaga jaga kampung neh...penat jadi rela koceng nih...
oren : oii...jangan banyak bunyi laa...kang ade koceng mengendap anak bini ko bising pulak...jaga2...

pakcik koceng...saya ada 1 permintaan...ley carikan saya pasangan rupa cam hello kitty x?hehehe...
ko henggat aku agen pencari jodoh??cari sendiri...kata pakcik koceng...

yeyeye...cuti sekolah da mula!!!jom kita balik umah!!!!


home sweet home...~~~

alamak...bulan depan nk kena catuan air daa...mana aku nak mandi nanti ni...

sekian kisah koceng untuk tatapan semua...dialog semua adalah rekaan semata2 dan tidak melibatkan mereka yang masih hidup atau sudah meninggal...=)

Something to share with us.....

 Something to be aware of….


**********************************************


Please take time to read!! Very important!!!          ‎
​​

You may have heard that a good friend of ours in Mequon lost their 25 year old son (Arun Gopal Ratnam)  in a fire at home June 4th. 

This is what happened. 
He graduated with MBA from University of Wisconsin-Madison two weeks earlier and came home. Had a lunch with his dad at home and decided to go back to to clean up his room at school. Father told him to wait and see his mother before he goes back for a few days. 

He decided to take a snooze while waiting for his mom to come home from work.

Neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. 

Their 25 year old son Arun died in the three year old house. 

It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused 
by lap top in the bed. 

When the lap top is on the bed cooling fan does not get air to cool the computer and that is what caused the fire. He did not even wake up to get out of the bed he died of carbon monoxide. 

The reason I writing this to all of you is that I have seen all of us using our lap top in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. Risk is real. Let us make it a rule not to use lap top in bed or put computer on bed with blankets and pillows around


* bunyi menakutkan bukan...aku yakin semua yang ada laptop mesti kadang2 letak atas tilam atau bantal nak bagi selesa tengok movie ke, surf internet ke..aku pernah terbaca suhu bawah laptop tu xsilap aku baca info dulu 52 darjah celcius!!..memang panas la kan...pas tau ni aku akan selalu gunakan cooler pad walaupun xselesa guna atas tilam tu...keselamatan diri perlu diutamakan...harta boleh dicari, nyawa kalau da hilang nak cari dimana???

Sunday, October 24, 2010

Festival Belon Udara Panas

selamat pagi semua...semoga pagi ni kamu semua bangun untuk meneruskan hari2 yang mendatang ni dengan penuh bersemangat seperti tenaga yang baru dijana selepas minum Milo ke, Ovaltine ke, Horlick ke, Vico, atau pon pas pekena teh tarik kat mapley 25jam..hahaha...so pagi ni aku ingin berkongsi gambar2 yang aku godek2 dalam inbox email aku sebagai tatapan untuk cuci2 mata hujung minggu ni...xtau la festival ni wat kat mana tapi aku suka tengok sebab comel2 semua belon udaranya..so layan..~~~

tu diaaa....dragon comel datang nak makan org..hahaha


macam rupa kartun yang adik aku lukis masa tadika dulu je...ngeh3~~~


uiii...'besau' nyer lembu tuhhh


a rounded slimy frog is in the air...hahaha


ni kalau kapal terbang lalau xmasal je....hehehe


kiutnyer gajah pink ni...i likee...heehe


manyak nyerrrr


bersedia untuk terbang!!!!


macam2 warna ade....


bee ni paling kawaii laa...rasa nak peluk2 je...hehehe


ni biasa je...


anak dragon yang comel...=)

Thursday, October 21, 2010

10 Perangai Pemandu Malaysia Yang Membuatkan Jari Hantuku Selalu Naik Ke Tingkap

*sekadar berkongsi artikel yang aku amik dari blog kawan dan aku sendiri pernah mengalaminya..haha..layan~~~




1. Kat highway ada 3 lane.Kat mana lane yang driver yang paling slow sekali?Lane tengah.Yang bawak 60km/j atas highway duduk lane mana?LANE TENGAH.

2. Aku dah pegi 110km/j,depan aku ada kereta yang maintain 110km/j,tiba-tiba ada "kereta besar" high beam nak potong dari belakang.Berapa speed limit?

3. Lori trailer atau bas yang dibawak oleh kaki pecut.

4. Brader-brader motor yang konvoi tapi bawak sebelah menyebelah sebab nak berborak.

5. Orang yang drive laju tapi tengah cakap henfon.Hoi mangkuk!Beli la handsfree.Pada aku,sapa2 yang pegang henfon masa memandu,MANGKUK.Berapa kali aku hampir nak kena langgar dengan spesis camni.

6. Brader motor yang memandu sambil SMS gelfren lalu motornya melilau merata-rata.

7.  Perempuan yang bawak kereta jenis tak pandang kiri kanan dan hanya tahu memandang ke arah destinasi sahaja,maksud aku,pandang ke depan setiap masa.Laki ada gak tapi selalunya,perempuan.Bila aku hon terkejut besar dia baru nampak aku kat tepi.

8. Mangkuk2 yang ajak racing.Masa aku bawak motor dulu,banyak kali aku kena.Pegi sebelah,usha-usha.Come on la.TZM bikin apa cerita?Motor standard la kalau berani.

9. Mangkuk ayun yang masuk ke emergency lane bila jam.Kau tau tak apasal jam?Sebab ada eksiden kat depan.Macam mana ambulans dengan bomba nak lalu emergency lane kalau kau duk memandu kat situ.Ni lah spesis manusia paling takde akal kat Malaysia.

10. Rombongan menteri dan pengikutnya kat jalan nak potong kau.Dari situ kita dah boleh nilai setinggi mana martabat diorang ni diletakkan dan kat mana kita ni pada mata diorang

*yang aku bold tu semua situasi yang pernah aku alami..xtau lak kawan2 yang lain..hehe....

Mai relax2kan otak sambil menambahkan pengetahuan anda...=)

  1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

  2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

  3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

  4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

  5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

  6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

  7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

  8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

  9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

  10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

  11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

  12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

  13.  Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

  14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

  15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

  16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

  17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

  18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

  19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

  20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

  21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

  22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

  23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

  24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Teeettttt, tidak berbunyi tapi busuk. 

Wednesday, October 20, 2010

Tips menangani stress

sekadar berkongsi artikel yang saya cedok dari Incik Google...

Definisi stress


~scr ringkas stress adalah bebanan mental dan fizikal individivu.

Kepentingan menangani stress

~Stress perlu di atasi kerana melibatkan mental dan individu yg terlibat.

Langkah2 mengatasi stress :-


1. Fahami punca stress.

-Selidik punca yg menyebabkan stress berlaku dan cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang
dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.


2. Letakkan keutamaan.

-Senaraikan keutamaan utk dilakukan. Jgn melakukan semua pekerjaan tanpa memberi
keutamaan kpd yg lebih penting.


3. Selesaikan masalah satu persatu.

-Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi besar. Dapatkan komunikasi yang berkesan bagi
menyelesaikan pertelingkahan dan masalah


4. Menangis.



-Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah. Menangis
merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan jiwa dan minda. Wanita lebih mudah
menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam
perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan ~ 
ni aku slalu
buat..uwaaaaa!!

5. Ketawa.

- Dapatkan masa utk duduk bersama sahabat handai yg pandai berjenaka dan berhiburlah
bersama mereka.
- Ketawa dpt membantu meningkatkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung,
kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa dapat membantu membuang toksik dalam badan dan darah dapat berjalan
dengan lebih lancar ~
sahabat yang suka kaki gelak cam aku si ros laa...

6. Bersenam / beriadah.

- Ada boleh melepaskan stress dgn menyanyi dlm bilik air dgn kuat sambil menitiskan airmata.
- Pasang lagu yg rancak dan sesuai utk menari sepuas hati sehingga berpeluh.
- Menjerit. Carilah tempat yg sunyi dan jeritlah sekuat hati
~pasang lagu enrique eglasias, nyanyi kuat2walaupun sore xsedap..kehkehkeh

7. Curahkan perasaan anda dalam diari.

- Bila anda merasa marah, sedih, kecewa dan sebagainya tulislan dalam diari anda dan
simpanlah di tempat yg tidak boleh ditemui oleh sesiapa.
- Kebiasaannya kita akan tertawa apabila membaca semula catatan itu pada masa lain jerana
selalunya ia terlalu remeh dan tidak seperti apa yg digambarkan
 ~ skrg ni curah dlm blog je,
blh jd diari jg nih..


8. Luahkan pada sahabat karib.

- Luahkan masalah anda pd sahabat karib anda atau sesiapa sahaja yg boleh mndengar
masalah anda. Mungkin masalah itu berat buat anda tapi mungkin tidak pada sahabat anda
sahabat karibku dan pendengar setia ku adalah sahabat2 yg memahami situasi aku..

9. Meditasi / bertafakur.

- Lakukan penilaian semula terhadapa pertuturan, perbuatan dan tingkah laku yang telah
dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang, anda boleh membuat pertimbangan di mana yang patut
diperbaiki dan punca timbulnya masalah tersebut.
- Pejam mata rapat2 dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda yang sebenarnya dan apa yg
anda inginkan
~silap buat nanti tertidur..

10. tahu had kemampuan.

- Tahu bila boleh bermula dan di mana sepatutnya berhenti serta jgn terlalu memaksa diri.
- Jgn terlalu membuang masa kpd perkara yang anda tidak mampu tanggung.
-Serahkan sesuatu urusan itu kpd org yg lebih layak atau mahir melalukannya supaya anda
tidak terlalu tertekan.


11. Berusaha dan berserah.


- Bertawakkal kpd Allah swt setelah kita berusaha dgn sehabis baik.
-Banyakkan melakukan perkara mahmudah (baik) serta menjauhi perkara mazmumah
(jahat) dan banyakkan amalan sunat spt solat, puasa, zikir dan sebagainya.
-Jgn biarkan hidup anda terus terteka, berusahalah mendapatkan jalan keluar bagi setiap
masalah
~Jgn lupa Allah itu Maha Besar..

12. Bersantai.

- Carilah sedikit ketenangan spt rekreasi di taman, berkelah atau di mana2 saje tmpt yg
sesuai utk merehatkan diri dan minda.
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
- Luangkan masa bersama org yg tersayang, bercutilah bersamanya
~nk cuti lama2, sebulan ke
dua bulan ke..kan best kalu blh bercuti kat tempat ada pantai atau pulau..kehkehkeh


13. Ambil mudah.

- Biar sebesar mana pun dugaan yg diterima anggaplah ia suatu yg mudah dan tidak
membebankan fikiran.
- Jgn terlalu membebankan fikiran anda sehingga hidup jd x keruan dan sukar melelapkan
mata atau tiada selera makan
~makin rs nk makan ada lah..

14. Mengadu kepada kaunselor.

- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yg boleh
membantu.
-Kaunselor dapat memberitahu apa yg mungkin anda tidak sedar mengenai diri
anda
~kaunselorku adalah orang2 yang rapat dan menyayangi diri aku...

15. Berurut / refleksologi kaki / akupuntur

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan mengedurkan urat yg tegang
dan keras.
- Akupuntur dan reflkesologi kaki mampu mengesan punca penyakit dan dapat melegakan
kesakitan serta membantu menghilangkan tekanan yg ditanggung
~dh lama nk wat refleksologi tp takut kaki bocor pijak batu tajam2 tu plak..

16. Terima keadaan seadanya.

- Jgn mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita krn tidak smeua yg
kita inginkan akan menjadi kenyataan.
- Terima keadaan seadanya dan menghargai apa yg ada tanpa membandingkan dengan
apa-apa yg org lain dapat
~bersyukur dgn apa yg kita ada..

17. Amalkan sikap dan gaya hidup sihat.

- Bersikap terbuka dalam semua perkara dgn membuka minda anda.
- Sedar dan mensyukuri bahawa semua yg berlaku adalah ketentuan dr Allah Taala dan ada
hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yg dikurniakan Tuhan utk mengatasi
masalah yg mendatang.
-Amalkan gaya hidup sihat dgn mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta
terancang dan jangan melakukan kegiatan yg tidak sihat yg boleh merosakkan diri dan dan
masa depan.

~Sumber dr
http://www.newbreeder.com/blog~


wahai hati...sabarlah.........................

Selamat datang...

xsangka aku ade blog lain rupanya..so aku cadang nak jadikan blog ni macam tempat aku berkongsi maklumat yang aku ada..hope kawan2 bg support pada aku k