Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Graduation tickers

Thursday, October 21, 2010

10 Perangai Pemandu Malaysia Yang Membuatkan Jari Hantuku Selalu Naik Ke Tingkap

*sekadar berkongsi artikel yang aku amik dari blog kawan dan aku sendiri pernah mengalaminya..haha..layan~~~




1. Kat highway ada 3 lane.Kat mana lane yang driver yang paling slow sekali?Lane tengah.Yang bawak 60km/j atas highway duduk lane mana?LANE TENGAH.

2. Aku dah pegi 110km/j,depan aku ada kereta yang maintain 110km/j,tiba-tiba ada "kereta besar" high beam nak potong dari belakang.Berapa speed limit?

3. Lori trailer atau bas yang dibawak oleh kaki pecut.

4. Brader-brader motor yang konvoi tapi bawak sebelah menyebelah sebab nak berborak.

5. Orang yang drive laju tapi tengah cakap henfon.Hoi mangkuk!Beli la handsfree.Pada aku,sapa2 yang pegang henfon masa memandu,MANGKUK.Berapa kali aku hampir nak kena langgar dengan spesis camni.

6. Brader motor yang memandu sambil SMS gelfren lalu motornya melilau merata-rata.

7.  Perempuan yang bawak kereta jenis tak pandang kiri kanan dan hanya tahu memandang ke arah destinasi sahaja,maksud aku,pandang ke depan setiap masa.Laki ada gak tapi selalunya,perempuan.Bila aku hon terkejut besar dia baru nampak aku kat tepi.

8. Mangkuk2 yang ajak racing.Masa aku bawak motor dulu,banyak kali aku kena.Pegi sebelah,usha-usha.Come on la.TZM bikin apa cerita?Motor standard la kalau berani.

9. Mangkuk ayun yang masuk ke emergency lane bila jam.Kau tau tak apasal jam?Sebab ada eksiden kat depan.Macam mana ambulans dengan bomba nak lalu emergency lane kalau kau duk memandu kat situ.Ni lah spesis manusia paling takde akal kat Malaysia.

10. Rombongan menteri dan pengikutnya kat jalan nak potong kau.Dari situ kita dah boleh nilai setinggi mana martabat diorang ni diletakkan dan kat mana kita ni pada mata diorang

*yang aku bold tu semua situasi yang pernah aku alami..xtau lak kawan2 yang lain..hehe....

No comments: